Click here for Myspace Layouts

HomeMamaChoc beroperasi sekitar Keramat Kuala Lumpur. Sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan untuk coklat maupun kek bolehlah menghantar email nmmz75@yahoo.com

atau sms ke 019.2308058

Showing posts with label cupcakes. Show all posts
Showing posts with label cupcakes. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Cupcake Coklat Volcano

Ini je cupcakes Coklat Volcano yg sempat di ambil....maaflah kurang clear sebab guna web cam je.

Thursday, December 16, 2010

Cupcakes Coklat Volcano

Petang-petang gini kan best kalau dapat makan kek coklat or any kek lah. Dari semalam lagi saya dok pikir2 nak buat kek apalah memandangkan di rumah saya ini dah kehabisan stok bahan-bahan kek ini. Biasanya bahan kek hanya akan dibeli pada weekend je, tambahan pula utk minggu ini saya tiada menerima mana-mana tempahan, jadi lagilah x perlu tergesa-gesa nak beli bahan kan.

Dah intai2,  bahan-bahan ni je yg ada dark coklat berry'ls, serbuk koko, butter pun ada 80gm je dan adalah sekotak heavy whip cream.

Dengan bahan itu semua saya pun buat cupcakes, nak ambil gambar kamera lak x da, hphone pun telah dicuri orang belum beli baru lagipun....ummm nasib...

Kalau ada sesapa yg nak cuba buat cupcake Coklat Volcano ini, aahhh dibawah saya sertakan resepinyer....cubalah x kan menyesal memang sedappp. Rasanyer penuh coklat sangat moist....

BAHAN VOLCANO
1 sudu besar makan heavy whip cream - panaskan
40gm dark coklat (dicampur dengan whip cream tadi)
dah agak likat simpan dalam peti ais....dah keras bulat2kn "Volcano"

BAHAN KEK
200gm dark coklat
200gm serbuk koko
80gm mentega
50gm whip cream
100gm gula
105gm tepung naik sendiri
2 biji telur (pukul sikit je dengan garfu)

Cara-cara
Cairkan coklat masukkan butter (dah butter cair sebati), masukkan gula, serbuk koko, tepung dan telur dan kacau dengan sudip kayu ye....(ni apa yang saya buat lah).
Bila nak masukkan dlm cup - masukkan separuh adunan dan letakkan ditengah2 1 biji volcano yg telah dibulat2kan dan baru masukkan lagi adunan ke dalam cup tersebut. Buatlah sehingga 15biji saja. (Ni yang saya dapat dengan adunan ini). Bakar dalam 15 minit dengan suhu 170C (tapi ikut oven masing2 lah ye...)

Dah siap dan sejuk hiaslah dengan topping ganache.
Ini lak resepi ganache yg saya buat...

BAHAN GANACHE
serbuk koko
gula kastor
susu pekat manis
whip cream
semua bahan di double boilkan.....semua tu saya main agak2 je....sebab nak habiskan bahan-bahan yang ada je.

Thursday, November 18, 2010

Cupcakes untuk Guru-guru


Tempahan sebanyak 10 kotak ini adalah untuk guru-guru Al-Amin SRIAKL. Semoga mereka gembira dan Selamat Bercuti.

Cup Cakes Karot Walnut


Tempahan cupcakes karot walnut dari kakak tersayang untuk dihadiahkan kepada Ustazah anaknya sempena akhir tahun. Semoga Ustazah gembira dengan pemberiannya.

pink dan putih lagi

Terima kasih buat Nik Azmira Miya (anakbuah) kerana telah menempah mini cupcakes ini untuk diberikan kepada Abah dan Ummi nya sempena Hari Raya AidilAdha. Selamat Hari Raya AidilAdha kepada keluarganya.

White n Pink Cupcakes



Tempahan ini dibuat oleh Lin dari Kual Trengganu untuk hantaran pertunangan adik iparnya pada 18/11/10. Dia memilih tema pink, putih dan merah. Dia sendiri memberi designnyer. Harap2 beliau berpuashati. Selamat bertunang dan semoga cepat ke jinjang pelamin. Tahniah.

Wednesday, November 10, 2010

Simple Cupcakes


Ini pula tempahan dari kakak tersayang untuk diberikan kepada Ustazah Noraini, kek karot walnut dengan cream cheese menjadi pilihannye. Saya cuma menghiasi cupcake ini dengan sebatang karot dan dua kuntum bunga yang simple saja. Saya berharap agar Ustazah gembira menerimanyer dan terima kasih buat kakakku.

Mini Garden Cupcakes


Ini lebihan cupcake Red Velvet yang di tempah oleh seorang sahabat saya untuk diberikan kepada cikgu anak2 nyer. Sebab x sempat nak ambil gambar yang sudah siap dipacking so gambar ni pun jadi lah utk di jadikan kenangan didalam blog ini. Terima kasih.

Tuesday, November 9, 2010

Elmo Cupcakes

Cupcakes Red Velvet Cake ini di tempah oleh seorang guru yang ingin menghadiahkan kepada anaknya sempena besday. Tetapi sayang tak sempat nak snap gambar cupcakes ini didalam kotaknya.

Monday, November 1, 2010

Mini Cup Cakes


Haaa ni minic cup cakes untuk makan-makan je....almaklumlah ari jumaat ada orang order so anak-anak pun nak lah juga...

Saturday, October 30, 2010

Cup Cakes



Cup Cakes Carrot Walnut with Cream Cheese ni di order oleh kawan kakak saya yang hendak dibuat hantaran perkahwinan adik iparnya, semoga mereka sekeluarga berpuas hati, sebab ni jugalah percubaan pertama saya dalam membuat cupcakes. Dan terima kasih juga saya kepada Kak Ida "Merpati66" sebab telah memberikan cup pada waktu malam, kalau x jenuh gak saya nak cari kat mana kan? almaklumlah "amator" kalau dah pro rasanyer pagi pun sempat gak kan?.....Terima kasih.

Monday, July 26, 2010

Mini Oreo Cheese Cake (resepi dari My Sifu)
RM 1.20 sebiji