HomeMamaChoc beroperasi sekitar Keramat Kuala Lumpur. Sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan untuk coklat maupun kek bolehlah menghantar email nmmz75@yahoo.com

atau sms ke 019.2308058

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

Kek Mangga Blueberri



Kek Mangga Blueberi dengan Fresh Cream. Kek ini untuk makan

Cupcakes untuk Guru-guru


Tempahan sebanyak 10 kotak ini adalah untuk guru-guru Al-Amin SRIAKL. Semoga mereka gembira dan Selamat Bercuti.

Cup Cakes Karot Walnut


Tempahan cupcakes karot walnut dari kakak tersayang untuk dihadiahkan kepada Ustazah anaknya sempena akhir tahun. Semoga Ustazah gembira dengan pemberiannya.

pink dan putih lagi

Terima kasih buat Nik Azmira Miya (anakbuah) kerana telah menempah mini cupcakes ini untuk diberikan kepada Abah dan Ummi nya sempena Hari Raya AidilAdha. Selamat Hari Raya AidilAdha kepada keluarganya.

White n Pink Cupcakes



Tempahan ini dibuat oleh Lin dari Kual Trengganu untuk hantaran pertunangan adik iparnya pada 18/11/10. Dia memilih tema pink, putih dan merah. Dia sendiri memberi designnyer. Harap2 beliau berpuashati. Selamat bertunang dan semoga cepat ke jinjang pelamin. Tahniah.

Wednesday, November 10, 2010

Simple Cupcakes


Ini pula tempahan dari kakak tersayang untuk diberikan kepada Ustazah Noraini, kek karot walnut dengan cream cheese menjadi pilihannye. Saya cuma menghiasi cupcake ini dengan sebatang karot dan dua kuntum bunga yang simple saja. Saya berharap agar Ustazah gembira menerimanyer dan terima kasih buat kakakku.

Mini Garden Cupcakes


Ini lebihan cupcake Red Velvet yang di tempah oleh seorang sahabat saya untuk diberikan kepada cikgu anak2 nyer. Sebab x sempat nak ambil gambar yang sudah siap dipacking so gambar ni pun jadi lah utk di jadikan kenangan didalam blog ini. Terima kasih.

Tuesday, November 9, 2010

Elmo Cupcakes

Cupcakes Red Velvet Cake ini di tempah oleh seorang guru yang ingin menghadiahkan kepada anaknya sempena besday. Tetapi sayang tak sempat nak snap gambar cupcakes ini didalam kotaknya.

Monday, November 8, 2010

Indulgenge Cake


Kek ala-ala Indulgenge Chocolate ni adalah kek untuk dimakan bersama keluarga. Resepi asal kek ini dari "Mud Chocolate Cake" tapi telah saya adjustkan skit2 mengikut selera saya dan di filing "Chocolate Mousses dan toppingnyer dari ganache. Tapi rasanya ummmm memang sedap macam banana choc kat secret resepi...

Monday, November 1, 2010

Mini Cup Cakes


Haaa ni minic cup cakes untuk makan-makan je....almaklumlah ari jumaat ada orang order so anak-anak pun nak lah juga...