HomeMamaChoc beroperasi sekitar Keramat Kuala Lumpur. Sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan untuk coklat maupun kek bolehlah menghantar email nmmz75@yahoo.com

atau sms ke 019.2308058

Wednesday, April 27, 2011

Rencah Asam Pedas



Sekarang HomeMamaChocz telah mengeluarkan produk baru tapi tidak melibatkan langsung bahan coklat. Masakan Asam Pedas merupakan dish yang utama untuk family kami dan juga menu asam pedas jugalah selalu dihidangkan untuk para tetamu yang datang berkunjung kerumah dan mendapat pujian (ni angkat bakul sendiri) jadi saya pun membuat rencah asam pedas untuk di komersialkan....harap2 mendapat sambutan.  Rencah Asam Pedas ini senang dan sangat sesuai untuk wanita-wanita yang bekerja, cuma tambahkan air dan lauk kegemaran (ayam, ikan dan daging) mereka dan jika ingin menambahkan kesedapan cuma masukkan bendi, tomato dan lobak asin. Rencah ini juga boleh dimakan begitu saja bersama nasi putih yang panas....ummmm pasti terangkat. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama boleh juga menikmati asam pedas dgn hanya menambahkan air panas dan lauk yg telah masak. Rencah ini tidak mengandungi bahan pengawet dan perasa. InsyaALLAH sedap, cepat dan selamat.


Friday, April 22, 2011

Strawberi sponge

Kek Strawberi Sponge with blueberi filling dan cream cheese with fresh cream frosting....."Happy Birthday to My beloved Sister. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua yang diimpikan.....selamat menjamu selera



Monday, April 18, 2011

Dragon Ball

Ini Dragon Ball yang ditempah oleh rakan my hubby....Thank you to Seri dan Dr. Astuty....next time leh laah tempah lagi....yang berfillingkan blueberry, kaya dan jem strawberi....diharap berpuas hati.

Thursday, April 7, 2011

Kek Besday

Dah lama rasa bercuti dari membuat kek....So today saya uploadkan kek besday anak saya...Nur'Ain Syafiqah. Kek sponge vanilla dengan filling blueberi dan cream cheese....ummmm sedapp.