HomeMamaChoc beroperasi sekitar Keramat Kuala Lumpur. Sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan untuk coklat maupun kek bolehlah menghantar email nmmz75@yahoo.com

atau sms ke 019.2308058

Friday, December 17, 2010

Cupcake Coklat Volcano

Ini je cupcakes Coklat Volcano yg sempat di ambil....maaflah kurang clear sebab guna web cam je.

Thursday, December 16, 2010

Cupcakes Coklat Volcano

Petang-petang gini kan best kalau dapat makan kek coklat or any kek lah. Dari semalam lagi saya dok pikir2 nak buat kek apalah memandangkan di rumah saya ini dah kehabisan stok bahan-bahan kek ini. Biasanya bahan kek hanya akan dibeli pada weekend je, tambahan pula utk minggu ini saya tiada menerima mana-mana tempahan, jadi lagilah x perlu tergesa-gesa nak beli bahan kan.

Dah intai2,  bahan-bahan ni je yg ada dark coklat berry'ls, serbuk koko, butter pun ada 80gm je dan adalah sekotak heavy whip cream.

Dengan bahan itu semua saya pun buat cupcakes, nak ambil gambar kamera lak x da, hphone pun telah dicuri orang belum beli baru lagipun....ummm nasib...

Kalau ada sesapa yg nak cuba buat cupcake Coklat Volcano ini, aahhh dibawah saya sertakan resepinyer....cubalah x kan menyesal memang sedappp. Rasanyer penuh coklat sangat moist....

BAHAN VOLCANO
1 sudu besar makan heavy whip cream - panaskan
40gm dark coklat (dicampur dengan whip cream tadi)
dah agak likat simpan dalam peti ais....dah keras bulat2kn "Volcano"

BAHAN KEK
200gm dark coklat
200gm serbuk koko
80gm mentega
50gm whip cream
100gm gula
105gm tepung naik sendiri
2 biji telur (pukul sikit je dengan garfu)

Cara-cara
Cairkan coklat masukkan butter (dah butter cair sebati), masukkan gula, serbuk koko, tepung dan telur dan kacau dengan sudip kayu ye....(ni apa yang saya buat lah).
Bila nak masukkan dlm cup - masukkan separuh adunan dan letakkan ditengah2 1 biji volcano yg telah dibulat2kan dan baru masukkan lagi adunan ke dalam cup tersebut. Buatlah sehingga 15biji saja. (Ni yang saya dapat dengan adunan ini). Bakar dalam 15 minit dengan suhu 170C (tapi ikut oven masing2 lah ye...)

Dah siap dan sejuk hiaslah dengan topping ganache.
Ini lak resepi ganache yg saya buat...

BAHAN GANACHE
serbuk koko
gula kastor
susu pekat manis
whip cream
semua bahan di double boilkan.....semua tu saya main agak2 je....sebab nak habiskan bahan-bahan yang ada je.

Thursday, December 9, 2010

Kek Masjid

Kek sponge coklat blueberi dihidangkan di majlis "Family Days" di Hulu Langat.

Tuesday, December 7, 2010

Kek Besday ala tmn mini


Kek Choc Moist berukuran 3kg ini di order oleh Nik Aidib untuk Nessa....."Happy Besday to Nessa" semoga panjang umur dan murah rezeki....

Monday, December 6, 2010

Wedding Cake

Seminggu lepas ada projek besar...tempahan kek wedding 2 tingkat bentuk LOVE, mini cupcake untuk majlis akad nikah, kek hantaran dan cupcakes dengan standnyer untuk majlis menghantar pengantin ke rumah pengantin perempuan....punyalah nervous sebab ni lah 1st time buat kek wedding 2 tingkat. Punyalah berdebar-debar hati ini.
Ini gambar kek wedding yang sempat di ambil. Kek ini agak berat jugalah...yg bawah kek red velvet beratnyer 5.5kg dan kek atasnyer kek sponge blueberi mangga. beratnyer 2kg.
Apa-apapun saya berharap pengantin dan keluarganyer berpuas hati.