Click here for Myspace Layouts

HomeMamaChoc beroperasi sekitar Keramat Kuala Lumpur. Sesiapa yang berminat ingin membuat tempahan untuk coklat maupun kek bolehlah menghantar email nmmz75@yahoo.com

atau sms ke 019.2308058

Friday, October 18, 2013

KEK PECAN BUTTERSCOTCH.....

Tempahan Kek Pecan Butterscotch dari Putrajaya....selamat ulangtahun kelahiran untuk zulfazli.....semoga berpuas hati. Terima Kasih...

Tuesday, November 29, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona



Kek ini dibuat pada 22 November 2011 sempena menyambut besday anak lelaki sulung.....Hepi besday to my son, semoga di berkati dan dipermudahkan segala-galanyer...terutama sekali dalam menghafal al-quran.
Kek Karamel



Kek Karamel percubaan pertama, x sampai sejam dah habis pun kek ini.....memang rasanyer seperti ais krim je.....ari tu gak saya bancuh lagi satu kek ini.....senang dibuat dan sedap...

Friday, June 3, 2011

Mini Handbeg Channel

Sebenarnya dah lama dok teringin nak buat kek handbeg ini tapi asyik x jadi je....almaklumlah penyakit M senantiasa melanda orang2 seperti saya ni kan..... tpi bersyukur gak akhirnya menjadi gak sebuah handbeg yg nampak kerastangan. Next time will try again.


Wednesday, June 1, 2011

Roti Paung

Pagi tadi sempat mencuba resepi roti paung.....emmmm memang sedap. Gebu, manis dan lemak. Sangat sesuai buat cicah dengan air panas (teh, nescafe or kopi).....belum sempat snap gambar dah pun nak habis.....tapi akhirnya dapat gak snap balancenyer....

Thursday, May 26, 2011

Shortbread


Tempahan untuk Hari Raya dan semasa. RM25

Monday, May 16, 2011

Dragon Ball Lagi

Selamat Pengantin Baru ustaz Firdaus dan isteri.


Wednesday, May 4, 2011

kek untuk makan-makan

Kek Coklat tanpa telur....buat utk makan-makan tapi rupanyer sungguh buruk....hehehehe

Tuesday, May 3, 2011

Dragon Ball Lagi

 Dragon ball berintikan cheese dan peanut butter.....ummm sedap. Hujung minggu busy dengan tempahan dragon ball. alhamdullillah.

Wednesday, April 27, 2011

Rencah Asam Pedas



Sekarang HomeMamaChocz telah mengeluarkan produk baru tapi tidak melibatkan langsung bahan coklat. Masakan Asam Pedas merupakan dish yang utama untuk family kami dan juga menu asam pedas jugalah selalu dihidangkan untuk para tetamu yang datang berkunjung kerumah dan mendapat pujian (ni angkat bakul sendiri) jadi saya pun membuat rencah asam pedas untuk di komersialkan....harap2 mendapat sambutan.  Rencah Asam Pedas ini senang dan sangat sesuai untuk wanita-wanita yang bekerja, cuma tambahkan air dan lauk kegemaran (ayam, ikan dan daging) mereka dan jika ingin menambahkan kesedapan cuma masukkan bendi, tomato dan lobak asin. Rencah ini juga boleh dimakan begitu saja bersama nasi putih yang panas....ummmm pasti terangkat. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama boleh juga menikmati asam pedas dgn hanya menambahkan air panas dan lauk yg telah masak. Rencah ini tidak mengandungi bahan pengawet dan perasa. InsyaALLAH sedap, cepat dan selamat.


Friday, April 22, 2011

Strawberi sponge

Kek Strawberi Sponge with blueberi filling dan cream cheese with fresh cream frosting....."Happy Birthday to My beloved Sister. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua yang diimpikan.....selamat menjamu selera



Monday, April 18, 2011

Dragon Ball

Ini Dragon Ball yang ditempah oleh rakan my hubby....Thank you to Seri dan Dr. Astuty....next time leh laah tempah lagi....yang berfillingkan blueberry, kaya dan jem strawberi....diharap berpuas hati.

Thursday, April 7, 2011

Kek Besday

Dah lama rasa bercuti dari membuat kek....So today saya uploadkan kek besday anak saya...Nur'Ain Syafiqah. Kek sponge vanilla dengan filling blueberi dan cream cheese....ummmm sedapp.


Friday, December 17, 2010

Cupcake Coklat Volcano

Ini je cupcakes Coklat Volcano yg sempat di ambil....maaflah kurang clear sebab guna web cam je.

Thursday, December 16, 2010

Cupcakes Coklat Volcano

Petang-petang gini kan best kalau dapat makan kek coklat or any kek lah. Dari semalam lagi saya dok pikir2 nak buat kek apalah memandangkan di rumah saya ini dah kehabisan stok bahan-bahan kek ini. Biasanya bahan kek hanya akan dibeli pada weekend je, tambahan pula utk minggu ini saya tiada menerima mana-mana tempahan, jadi lagilah x perlu tergesa-gesa nak beli bahan kan.

Dah intai2,  bahan-bahan ni je yg ada dark coklat berry'ls, serbuk koko, butter pun ada 80gm je dan adalah sekotak heavy whip cream.

Dengan bahan itu semua saya pun buat cupcakes, nak ambil gambar kamera lak x da, hphone pun telah dicuri orang belum beli baru lagipun....ummm nasib...

Kalau ada sesapa yg nak cuba buat cupcake Coklat Volcano ini, aahhh dibawah saya sertakan resepinyer....cubalah x kan menyesal memang sedappp. Rasanyer penuh coklat sangat moist....

BAHAN VOLCANO
1 sudu besar makan heavy whip cream - panaskan
40gm dark coklat (dicampur dengan whip cream tadi)
dah agak likat simpan dalam peti ais....dah keras bulat2kn "Volcano"

BAHAN KEK
200gm dark coklat
200gm serbuk koko
80gm mentega
50gm whip cream
100gm gula
105gm tepung naik sendiri
2 biji telur (pukul sikit je dengan garfu)

Cara-cara
Cairkan coklat masukkan butter (dah butter cair sebati), masukkan gula, serbuk koko, tepung dan telur dan kacau dengan sudip kayu ye....(ni apa yang saya buat lah).
Bila nak masukkan dlm cup - masukkan separuh adunan dan letakkan ditengah2 1 biji volcano yg telah dibulat2kan dan baru masukkan lagi adunan ke dalam cup tersebut. Buatlah sehingga 15biji saja. (Ni yang saya dapat dengan adunan ini). Bakar dalam 15 minit dengan suhu 170C (tapi ikut oven masing2 lah ye...)

Dah siap dan sejuk hiaslah dengan topping ganache.
Ini lak resepi ganache yg saya buat...

BAHAN GANACHE
serbuk koko
gula kastor
susu pekat manis
whip cream
semua bahan di double boilkan.....semua tu saya main agak2 je....sebab nak habiskan bahan-bahan yang ada je.

Thursday, December 9, 2010

Kek Masjid

Kek sponge coklat blueberi dihidangkan di majlis "Family Days" di Hulu Langat.

Tuesday, December 7, 2010

Kek Besday ala tmn mini


Kek Choc Moist berukuran 3kg ini di order oleh Nik Aidib untuk Nessa....."Happy Besday to Nessa" semoga panjang umur dan murah rezeki....

Monday, December 6, 2010

Wedding Cake

Seminggu lepas ada projek besar...tempahan kek wedding 2 tingkat bentuk LOVE, mini cupcake untuk majlis akad nikah, kek hantaran dan cupcakes dengan standnyer untuk majlis menghantar pengantin ke rumah pengantin perempuan....punyalah nervous sebab ni lah 1st time buat kek wedding 2 tingkat. Punyalah berdebar-debar hati ini.
Ini gambar kek wedding yang sempat di ambil. Kek ini agak berat jugalah...yg bawah kek red velvet beratnyer 5.5kg dan kek atasnyer kek sponge blueberi mangga. beratnyer 2kg.
Apa-apapun saya berharap pengantin dan keluarganyer berpuas hati.


Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

Kek Mangga Blueberri



Kek Mangga Blueberi dengan Fresh Cream. Kek ini untuk makan